hehe ini die ciri2 kalo mau jadi pelajar muslim yg benerrr:
1. Membetulkan  niat. Di kalangan kebanyakan pelajar, tujuan belajar ialah untuk  mendapatkan sijil yang dengannya ia boleh memegang jawatan dan dapat  menyara hidup. Tetapi yang Islam kehendaki supaya niat  ia belajar ialah  untuk memberikan sumbangan terhadap Islam, Orang-orang Islam dan  menegakkan negara Islam serta mengisi ruang kekosongan yang diperlukan  oleh Islam kerana Islam menggalakkan kita supaya menuntut ilmu dan  melaksanakan kewajipan menjadi khalifah di muka bumi dan memakmurkannya  dengan kuasa-kuasa yang Allah sediakan di dalamnya.Niat yang begini akan  menjadikan belajar itu salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah  dan akan diberi pahala atas segala usaha, masa dan harta yang digunakan  itu supaya pelajar mengetahui yang mengasas dan mencipta ilmu-ilmu ialah  ulama Islam. Oleh itu kita perlu berusaha supaya dapat mengeluarkan  ahli-ahli yang pakar di dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan.
2.  Pelajar Muslim juga hendaklah membetulkan pandangannya kepada pelajaran  dan ia bukan semata-mata penguasaan akal tentang maklumat-maklumat yang  perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab di dalam peperiksaan di  akhir tahun, tetapi yang dikehendaki ialah dapat menyediakan peribadi  terpelajar yang membina ilmunya, boleh memberikan faedah kepada  kehidupan manusia, dan ia hendaklah mengetahui tentang sejauh mana  hubungan apa yang dipelajarinya dengan kehidupan. Pelajar Islam juga  perlu tahu bahawa pendidikan akhlak adalah perlu didahulukan dari ilmu  pengetahuan yang lain, dan di sana tidak ada yang lebih utama dari  ajaran Islam dan adab-adabnya untuk melaksanakan pendidikan. Mereka juga  hendaklah mengetahui adab-adab Islam dan ajaran-ajarannya dan  memaksakan dirinya untuk mengetahuinya, membiasakan diri dengan sifat  benar, amanah, menunaikan janji, berlemah lembut dan segala akhlak Islam  dan menjauhkan diri dari akhlak yang dikeji. Dan yang paling nyata  sekali ialah perkara yang mesti ditunaikannya terutamanya sembahyang,  berbuat baik terhadap dua ibu bapa, berbaik-baik hubungan dengan  keluarga dan kawan-kawannya.
3. Pelajar Muslim contoh hendaklah  pandai memilih kawan dai kalangan kawan-kawannya. Ia seterusnya memilih  kawan yang soleh dan tidak berkawan dengan orang yang jahat.  Perhubungannya hendaklah sederhana dan dapat dikawal; jangan sampai  membuang masa pelajarannya. 
4. Ia juga pandai dalam memilih  majalah-majalah untuk merehatkan fikirannya. Pilih yang bersih dan  berfaedah dan jauhkan dari yang merosakkan dan dosa.
5. Ia  hendaklah memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelajaran kerana  masa umurnya yang begitu adalah umur untuk belajar dan membentuk  peribadi. Masa itu hendaklah dihabiskannya dengan sebaik-baiknya untuk  pelajarannya supaya selepas itu dia dapat menumpukan pula  kewajipan-kewajipannya selepas belajar.
6. Urusan rumah, sekolah  atau kuliah, di meja dan tempat tidur hendaklah teratur rapi. Tempat  letak pakaian, buku-buku dan nota-nota kuliah mestilah teratur supaya  tidak membuang masa untuk mencarinya bila diperlukan. Pelajar yang tidak  sistematik akan menyebabkan pemikirannya juga tidak tenteram dan  membuang masa dan tenaga untuk mencari alat-alat yang diperlukannya.
7.  Masa hendaklah disusun dengan baik sama ada masa untuk belajar,  mengulangkaji, tidur dan berusaha untuk mengikut waktu yang ditetapkan  itu. Jangan tinggalkan masa itu dipengaruhi oleh keadaan dan  urusan-urusan lain, alat sebaran dan lain-lain keadaan yang menghabiskan  masa. Sembahyang hendaklah ditunaikan apabila masuk sahaja waktunya,  kerana menunaikan sembahyang adalah sebagai memperbaharui tenaga dan  memohon pertolongan dari Allah. Perlu diingatkan bahawa jangan gunakan  waktu tidur untuk belajar dan waktu belajar untuk tidur. Ramai pelajar  yang tidak mengambil berat terhadap pelajarannya di awal pelajaran dan  masa di buang begitu sahaja, mereka menggantikan masa yang dibuangnya  itu di akhir tahun dengan berjaga sepanjang malam. Ini adalah satu  kesalahan yang besar bagi pelajar Muslim contoh dan patut dijauhinya.  Waktunya hendaklah disusun sejak dari awal pembelajaran lagi secara  sederhana kerana dengan secara paksa akan menyebabkan kegagalan.
8.  Pelajar Muslim contoh hendaklah membiasakan diri dengan kebersihan  dimulai dengan pembersihan dalaman, pembersihan hati dari dendam dan  hasad, pemarah dan takabbur, terpedaya dan setiap yang dimurkai oleh  Allah. Hatinya hendaklah dipenuhi dengan sifat taqwa, kasih saying,  ikhlas, bersih hati, bertawadu’ dan setiap yang diredhai oleh Allah.  Setelah itu hendaklah dijaga kebersihan badan, pakaian, tempat tidur,  meja tulis dan buku-bukunya.
9. Ia hendaklah mengutamakan  menerima pelajaran terus dari guru-gurunya dan jangan tidak hadir kelas  kecuali berlaku keuzuran yang kuat. Fikirannya hendaklah sentiasa sedar  (memberi tumpuan) ketika mengikuti pengajaran guru, tidak terganggu  dengan urusan yang lain, kerana jika ajaran guru itu dapat dikuasainya  ini akan dapat menolongnya. Banyak perbezaan yang ia alami jika ia tidak  hadir kelas atau tidak mengambil berat kuliah guru, tentunya ada di  sesetengah tempat yang kurang jelas atau tidak faham betul. Lebih baik  lagi jika ia dapat membaca pelajarannya itu sebelum disyarahkan oleh  gurunya. Ini akan memberi penguasaan yang baik dan dapat memberi tumpuan  pada aspek pelajaran yang ia kurang faham.
10. Ia hendaklah tahu  bahawa kebanyakan pelajaran itu ada hubungan antara satu sama lain.  Kebiasaannya sesuatu pelajan itu sukar difahami jika pelajaran yang  sebelumnya tidak difahami lagi. Oleh itu jangan ada pelajaran yang tidak  difahami. Kalau ini berlaku maka cepat-cepatlah pergi berjumpa kepada  guru-guru atau kawan-kawannya.
11. Untuk  memudahkan baginya  menguasai seluruh pelajarannya di akhir tahun maka ia perlu membuat  ringkasan bagi setiap bab dan isi-isi yang pokok dan yang cabangnya  dengan menggunakan perkataan yang mudah difahami. Dibuat rajah yang  besar bagi setiap mata pelajaran, dan diingatkannya baik-baik, manakala  huraiannya adalah sebagai isinya yang menutup rangka yang kasar itu.  Setiap isi itu akan melekat di atas rangkanya. Jika tidak ada rangka  yang kasar itu isi-isi itu akan bercampur baur sesama sendiri  menyebabkan badan manusia tidak terbentuk. Hendaklah meyakinkan diri  sendiri bahawa percubaan ini adalah percubaan yang berjaya.
12.  Pelajar Muslim contoh adalah berusaha supaya dapat menguasai  pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan  mengatasi pelajar lain. Ini merupakajn perkara yang dituntut dan satu  kewajipan yang akan menggembirakan kedua ibu bapanya. Ia juga  membuktikan bahawa usahanya untuk menjadi Muslim yang sebenar tidak  sekali-kali mengganggu pelajarannya bahkan mendorongnya mengatasi  kawan-kawan yang lain. 
13. Ia hendaklah mencungkil bakatnya di  dalam bidang yang boleh memberi manfaat dan memperingatkan  rakan-rakannya supaya memupuk bakat itu untuk digunakan bagi kebaikan  Islam. Ia juga hendaklah meminta nasihat ketika hendak memilih bidang  pengkhususan bagi faedah kepada Islam.
14. Pelajar Muslim  hendaklah sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan dari  godaan syaitan. Segala amalan, belajar, menjawab dalam peperiksaan  hendaklah dimulakan dengan nama Allah dan memohon pertolongan dari  Allah. Ia hendaklah menunaikan kewajipan terhadap pelajaran dan  mengulangkaji, kemudian bertawakkal kepada Allah, memulakan peperiksaan  dengan hati yang tandus, menerima keputusan iaitu dengan mengucap  Bismillah dan bersyukur kepada Allah sekiranya berjaya dan kembalikan  segalanya itu kepada Allah atas pertolongan dan taufikNya.Jika  sebaliknya, jangan sempitkan perasaan dan jangan berdukacita dan  katakana ini adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki. Ia  boleh lakukannya dan akan berusaha lagi dengan penuh keazaman dan  ketenangan.
15. Pelajar perempuan Islam juga hendaklah berpegang  dengan apa yang telah ditentukan oleh Islam iaitu hendaklah ia menjaga  sifat kewanitaannya dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam seperti  pakaian Islam yang sempurna dari segi rupa bentuknya dan menjauhkan apa  yang di larang dari berbagai jenis perhiasan yang dilarang. Ia hendaklah  menjaga dirinya dari tempat yang menimbulkan keraguan dan percampuran,  mengangkat suara tinggi, ketawa kuat dan lain-lain sifat yang tidak  layak bagi pelajar Islam contoh. Ia hendaklah berpegang dengan adab  malu, bijak dalam memilih kawan perempuan serta mendalami masalah agama  terutama yang berhubung dengan perempuan. Ia hendaklah melaksanakan  peranannya dalam menjadi contoh sebagai pelajar muslimah yang sebenarnya  kepada kawan-kawannya.
 

Tidak ada komentar:
Posting Komentar